Selasa, 31 Disember 2013

CERPEN : ANTARA USTAZ DAN KEBODOHAN

Sejak Ustaz Badri yang berusia dalam lingkungan 50an itu berpindah ke Kampung Mendilir, seluruh kampung menjadi kecoh. Di mana mana sahaja akan kedengaran tentang kehebatan Ustaz Badri memberi ceramah. Kalau dahulu, masjid di Kampung Medilir itu agak sunyi daripada kehadiran anak anak muda, kini anak anak muda yang selalunya berpeleseran dan menjadi kutu rayau di kampung tersebut mula mendekatkan diri dengan masjid.

Mereka suka dengan ceramah ceramah Ustaz Badri yang disulami dengan lawak lawak yang menyeronokkan itu. Kalau dahulu hanya Imam Karim yang memberi  ceramah dan dakwah di masjid dan hanya ada beberapa orang sahaja yang datang. Itu pun hanya terdiri dalam kalangan warga emas. Sejak adanya Ustaz Badri, masjid itu pasti akan penuh terutama pada malam Jumaat.

Isnin, 23 Disember 2013

CERPEN : DI DAPUR SEBUAH RESTORAN

Zain begitu teruja kerana telah mendapat kerja sebagai seorang tukang masak di Restoran Mawar. Itu adalah cita citanya. Menjadi seorang tukang masak adalah cita citanya sejak kecil. Dia begitu mengagumi beberapa orang chef selebriti seperti Chef Wan. Anthony Bordain, Jamie Oliver dan sebagainya. Dia berhasrat untuk menjadi seperti mereka suatu hari nanti. 

Semalam dia pergi menghadiri temuduga di Restoran Mawar. Apa yang paling mengejutkan hanya dia sahaja yang hadir dalam temu duga itu. Dia ditemuduga oleh tiga orang tukang masak. Seorang bernama Chef Karman, seorang yang tegas dan garang. Sentiasa serius dan jarang senyum. Dia amat ditakuti oleh kebanyakkan pekerja pekerja di restoran itu. Seorang lagi adalah Chef Razak, seorang yang baik namun agak tegas. Dia agak disenangi oleh para pekerja di restoran itu dan yang terakhir adalah Chef Badar. Sikapnya hampir sama dengan Chef Razak cuma dia agak suka berleter. Tidak seperti Chef Razak dan Chef Karman yang pendiam dan bercakap apabila perlu sahaja.

Sabtu, 21 Disember 2013

SAJAK : DILEMA SEORANG PENULIS

Bukan mudah untuk menjadi seorang penulis,

Apatah lagi untuk menjadi penulis yang berjaya,

Pelbagai rintangan dan cabaran perlu dihadapi,

Untuk menjadi seorang penulis kini,


Dengan lambakan tugas di pejabat,

Dengan lambakan kerja di universiti,

Dengan pelbagai kekangan masa,

Dengan kehabisan wang ringgit,

Semata mata hanya untuk berkarya,

Bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara.

Khamis, 19 Disember 2013

CERPEN : PELAWAK BERSARA

Pada minggu hadapan Kampung Mantik akan mengadakan pertandingan lawak. Sudah pasti ramai pelawak dan seniman dari Kampung Mantik dan kampung kampung yang berdekatan akan turut serta dalam pertandingan lawak itu. Penghulu Ahmad selaku penghulu di kampung itu telah menyediakan hadiah yang agak lumayan pada tahun ini. Sebenarnya pertandingan lawak ini telah dibuat selama tiga tahun berturut turut. Sepanjang tempoh itu, sambutan penduduk kampung amat menggalakkan. Pertandingan itu bukan sahaja ditonton oleh penduduk Kampung Mantik, malahan penduduk kampung yang berdekatan.

Selasa, 17 Disember 2013

Isnin, 16 Disember 2013

CERPEN : PETANDA UNTUK DIA

Matahari terpancar terik di atas kepala. Sesiapa sahaja yang berada di bawah mentari itu sudah pasti akan akan bermandi peluh. Itulah dia bumi Malaysia. Dihambat bahang panas akibat pemanasan global yang berpunca dari kerakusan manusia untuk mengejar pembangunan dan kemajuan sehingga lupa kepada kurniaan Tuhan. Akibatnya, manusia terpaksa menerima padah dan bahana ini akibat daripada perbuatan mereka sendiri.

Seman sekadar memandang sahaja anaknya dan anak anak jiran mereka bermain bersama sama di pusat pemindahan banjir itu. Sesekali dia menegur anak lelakinya apabila anaknya cuba berkasar ketika bermain. Dia benar benar terkejut dengan kejadian itu. Belum pernah lagi Kampung Pulau dilanda banjir sebelum ini. Dia sudah tinggal di kampung itu sejak lahir lagi. Tidak pernah musibah seburuk itu melanda kampung mereka. Semalam hujan turun dengan lebat seolah olah tidak mahu henti. Hatinya sudah mula tidak sedap pada waktu itu. Dia dapat merasakan akan ada perkara buruk akan berlaku dan ternyata telahannya tidak tersasar. Banjir melanda kampungnya.

Ahad, 15 Disember 2013

CERPEN : BERSEDIA


Datuk Seri Osman memandang ke luar tingkap pejabatnya yang tiga kali lebih besar dari dirinya itu. Dia melihat banyak kenderaan seperti kereta, motosikal, lori dan bas berpusu pusu untuk menuju ke destinasi masing masing di luar pejabatnya. Dia turut melihat beberapa orang manusia yang lalu lalang juga untuk menuju ke destinasi masing masing yang tidak diketahui olehnya.

Kemudian matanya terarah pula kepada bangunan bangunan yang tersergam indah yang berada di hadapan matanya. Dia tersenyum bangga. Dahulu negara itu pernah dijajah oleh beberapa kuasa dunia. Dia sendiri tidak percaya bahawa negara bekas tanah jajahan itu mampu menjadi sebuah negara membangun hasil perjuangan pahlawan pahlawan dan Perdana Menteri terdahulu.

Khamis, 12 Disember 2013

CERPEN : TRAGEDI BUKIT BESI

Mirza begitu seronok pada pagi itu. Dia akan pergi ke rumah sepupunya yang terletak di Bukit Besi sempena sambutan hari lahir sepupunya, Shamir. Sudah lama dia tidak bertemu dengan sepupunya itu. Maklum sahajalah, mereka tinggal berjauhan. Mereka hanya boleh bertemu jika ada sesuatu majlis atau perayaan sahaja seperti Hari Raya Aidilfitri. Jika tidak, mereka pasti tidak boleh bertemu. Dia bukan sahaja boleh bertemu dengan Shamir, malah sepupu sepupunya yang lain juga seperti Fitri, Arman dan beberapa orang lagi. 

Sampai sahaja di rumah Shamir, Mirza bersalam dengan ibu saudara, bapa saudara, datuk dan neneknya yang turut hadir sama. Kemudian dia mengajak Shamir bermain di luar rumah. 

"Shamir, mari kita bermain basikal. Cantik betul basikal kau itu." Mirza memuji basikal yang dimiliki oleh Shamir. Dia tidak mempunyai basikal. Bapanya tidak membenarkan dia bermain basikal. 

"Mari." Shamir bersetuju untuk bermain basikal bersama Mirza.

CERPEN : DI KELAS ITU

Hasyim agak gelisah pada pagi itu. Setelah bapa menghantar dirinya ke sekolah, dia mula sudah rasa tidak sedap hati. Apakah alasan yang akan diberikan kepada Puan Geetha nanti? Sudah pasti hari ini dia perlu mencari alasan lagi untuk melepaskan dirinya. Jika tidak, dia pasti akan dimarahi oleh guru Bahasa Inggerisnya itu. 

Setelah dia dihantar oleh bapanya dengan menaiki motosikal ke sekolah, dia terus masuk ke kelasnya. Dia tidak banyak bercakap dengan rakan rakan yang menegur dirinya. Di dalam fikirannya, hanya mencari jalan apakah alasan yang mahu dia berikan kepada Puan Geetha. Dia masih tidak dapat menghantar buku latihan Bahasa Inggeris itu kepada Puan Geetha. Jika dia menghantar buku itu, sudah pasti tembelangnya pecah. Sudah pasti penipuannya akan terbongkar.

Pada minggu lepas, Puan Geetha ada bertanya siapakah yang masih tidak mendapat kertas latihan yang perlu ditampal dalam buku latihan. Kertas latihan itu mempunyai dua halaman. Dia hanya ada halaman yang kedua sahaja manakala halaman pertama sudah hilang entah ke mana. Jadi dia mengatakan yang dia tidak mendapat kertas latihan itu lagi.

"Bukankah semua sudah dapat? Kenapa awak seorang sahaja yang masih belum dapat?" Soal Puan Geetha kehairanan. Setahunya semua murid darjah dua yang diajarnya sudah menerima kertas latihan itu. Hasyim hanya diam sahaja.