Jumaat, 3 Jun 2016

DRAMA : MAAF MASIH DI HATI BAB 10 DAN 11



 

BABAK 10 : DI BILIK TIDUR IZZATI
Nota : Pada waktu malam
Aqilah : Zati tengah study apa tu?
Izzati : Subjek Kimia mak long. (tersenyum sambil memandang Aqilah)
Aqilah : Ohhh…baguslah Zati study awal awal. Jangan study last minute. Bahaya. Setakat ni study semua okay kan?
Izzati : Okay je mak long cuma… (ragu ragu)
Aqilah : Cuma apa Zati? Cakaplah dengan mak long.
Izzati : Cuma… mmm… mak long, sebenarnya ada perkara yang Zati nak tanya dengan mak long dah Zati harap sangat mak long dapat jawab dengan jujur.
Aqilah : Macam serius je bunyi pertanyaan tu. Okay tanyalah. Kalau mak long boleh jawab mak long pasti akan jawab.
Izzati : Mmm… macam mana nak cakap ea? Mmm… mak long, betul ke Zati ni anak luar nikah? Siapa bapa kandung Zati mak long? Selama hari ni Zati hanya kenal mak long dan arwah ibu Zati je. Kita takde ahli keluarga lain ke mak long?
Aqilah : …(diam dan tidak tahu hendak berkata apa apa)
Izzati : Mak long, tolong beritahu pada Zati mak long. Zati dah tak sanggup dengar orang kampung dan orang kat sekolah cakap yang Zati ni anak luar nikah. Betul ke semua tu mak long? Adakah itu hanya persepsi diaorang je mak long? Tolong mak long cerita kat Zati. (mendesak)

Aqilah : Zati, mak long bukan tak nak beritahu tapi belum sampai masanya untuk Zati tahu.    
Izzati : Tolonglah mak long. Beritahu pada Zati siapa diri Zati yang sebenarnya. Zati janji dengan mak long yang Zati akan kuat. Zati janji dengan mak long yang Zati akan terima hakikat tentang semua diri Zati yang mak long ceritakan. Tolonglah. (merayu) 
Aqilah : Baiklah kalau Zati dah cakap macam tu. Mak long harap Zati dapat terima kebenaran ini dengan sabar dan redha ye nak.
Izzati : Baiklah mak long. Zati janji.
Aqilah : Ya, memang betul Zati anak luar nikah. Zati sebenarnya anak saudara mak long. Ibu Zati yang bernama Amirah binti Saufi tu adalah adik mak long. Sebenarnya mak long sendiri tak tahu siapa bapa sebenar Zati sebab mak long tak pernah jumpa tapi yang mak long tahu, bapa Zati tu adalah anak murid ibu Zati sendiri. Ibu Zati macam mak long juga, dia seorang guru. Mak long mengajar subjek bahasa Melayu tapi dia mengajar subjek Matematik Tambahan. Seorang anak murid dia yang bernama Danish selalu datang rumah dia untuk belajar subjek Matematik Tambahan tu. Entah syaitan mana yang merasuk mereka berdua, mereka akhirnya berzina dan hasil benih Danish tu, maka lahirlah Zati ke dunia ini.
Izzati : Mana orang bernama Danish tu sekarang mak long?
Aqilah : Dia kemalangan semasa ibu Zati mengandungkan Zati tujuh bulan. Dia mati dalam kemalangan yang amat mengerikan. Wajahnya hancur semasa pengebumiannya.
Izzati : Mak long cakap dulu yang Zati ada abang. Mana abang Zati tu mak long?
Aqilah : Ya, Zati memang ada abang. Sebenarnya ibu Zati ada berkahwin dengan seorang lelaki bernama Haziq. Dia seorang lelaki yang baik. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang mak long dah lupa namanya. Sebab dah lama sangat mak long tak jumpa dia. Tetapi, oleh sebab ibu Zati curang dengan suami dia, suami ibu Zati tu ceraikan ibu Zati dengan talak tiga. Masa tu usia kandungan ibu  dah Zati tujuh bulan. Sejak tu ibu Zati tinggal dengan mak long sampailah dia melahirkan Zati. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah setengah jam dia melahirkan Zati.
Izzati : Ya Allah…kesiannya. Tapi kenapa ibu Zati sanggup berzina dengan anak murid dia sendiri? Dan mak long tahu tak kat mana bekas suami ibu Zati tu?
Aqilah : Mak long pun tak tahu Zati kenapa ibu Zati boleh buat perbuatan terkutuk tu. Dan mak long juga tak tahu kat mana bekas suami ibu Zati tu. Tapi mak long ingat wajahnya. Orangnya sangat kacak. Kalau mak long bertemu dengannya mesti mak long akan ingat.
Izzati : Mak long, Zati betul betul tak sangka yang Zati boleh lahir dalam keadaan macam ni. (air matanya sudah mula bergenang)
Aqilah : Sabarlah Zati. Mak long tahu semua benda ni berat untuk Zati dan sebab tu la mak long tak nak cerita sampailah satu masa yang sesuai. Zati kena kuat okay. Zati tak salah. Yang salah adalah ibu Zati. Zati jangan dengar apa yang orang cakap. Zati buat tak tahu saja ye. Dan Zati tak boleh sesekali benci ibu Zati sebab dia tetap ibu Zati. Zati kena banyak berdoa pada Allah supaya ampunkan semua dosa dosa dia. Dia manusia Zati. Setiap manusia pasti akan melakukan khilaf dan dosa. Sebelum ibu Zati meninggal pun, dia ada pesan pada mak long supaya sampaikan permohonan maaf dia pada Zati kerana melahirkan Zati dalam keadaan tidak sah taraf.
Izzati : Insha Allah mak long. Zati akan ingat pesan mak long. Zati dah bersedia untuk dengar semua ni dan Zati yakin yang Zati dapat maafkan arwah ibu sebab walau seburuk mana pun dia, dia tetap ibu kandung Zati.  Tapi mak long, Zati musykil la. Macam mana orang kampung boleh tahu pasal semua ni?
Aqilah : Orang kampung tak tahu sebenarnya tapi mereka hanya buat andaian. Dan kebetulan andaian tu tepat. Tapi itu tetap andaian selagi mereka tak tahu perkara yang sebenar.  
Izzati : Ohhh macam tu. Satu lagi mak long, macam mana bekas suami arwah ibu Zati tu boleh tahu yang ibu Zati tu curang dan mengandungkan Zati?
Aqilah : Sebab ibu Zati yang beritahu. Sepanjang dia mengandungkan Zati, dia sering bermimpi benda yang bukan bukan dan semua mimpi tu suruh dia mengaku dosa yang dia dah buat. Oleh sebab terlalu takut dengan mimpi tu dan takut pula dengan azab yang menimpa arwah Danish, maka ibu Zati pun mengaku dan akhirnya dia diceraikan.
Izzati : … (hanya diam sambil merenung buku dihadapannya)
Aqilah : Sebab tu mak long nak pesan pada Zati. Jangan sesekali melakukan zina dan jangan sesekali berlaku curang dengan pasangan. Lihat apa yang telah berlaku pada arwah ibu Zati dan pada arwah Danish. Di atas muka bumi lagi Allah dah balas semua perbuatan terkutuk tu. Harap mereka sempat bertaubat sebelum tiba ajal mereka.
Izzati : Baiklah mak long. Zati akan selalu ingat pesan mak long.

BAB 11 : DI HALAMAN RUMAH AQILAH
Nota : Izzati sedang menyiapkan kerja sekolahnya manakala Aqilah sedang menyiram pokok bunga.
Waktu : pagi
Aiman : Assalammualaikum. (Ucap Aiman. Di belakangnya ada seorang lelaki tua)
Izzati : Waalakumussalam. Eh Abang Aiman. (tersenyum) Mak long, abang Aiman dengan orang kaya Hamid datang!
Aqilah : Waalaikumussalam. Oh Aiman datang rupanya. (tersenyum)  Eh? (bingung dan tergamam)
Izzati : Kenapa mak long? (bingung)
Aqilah : Ha…Ha…Haziq!
Haziq : Apa khabar kak long? (tersenyum)
Izzati : Mak long, tu bukan orang kaya Hamid ke? Kenapa mak long panggil dia Haziq? (bingung)
Haziq : Nama sebenar saya Muhammad Haziq@Hamid bin Hamdan Zati. Di Kuala Lumpur orang kenal saya sebagai Tuan Haziq. Di kampung ni orang kenal saya sebagai Tuan Hamid. Sebenarnya dua dua tu nama saya.
Aqilah : Zati, untuk pengetahuan Zati, inilah bekas suami kepada arwah ibu Zati. Ya, Allah…tak sangka betul. Haziq bekas adik ipar kak long dengan orang kaya Hamid tu rupa rupanya orang yang sama.  
Izzati : Apa? (seakan-akan tidak percaya)
Aiman : Apa khabar mak long? Hehe. Saya Aiman mak long. Saya bukan sahaja anak murid mak long. Saya juga anak saudara mak long. (bersalam dengan Aqilah)
Aqilah : Ya Allah…tak sangka betul mak long. Rupanya jejaka paling kacak dan pandai kat sekolah tu adalah anak saudara mak long sendiri. Maafkan mak long sebab tak cam muka kamu. Yalah, kali terakhir mak long jumpa kamu ketika kamu masih lagi berumur dua tahun. Manalah mak long nak cam. Kamu apa khabar Haziq?
Haziq : Macam ni sajalah kak long. Kadang kadang sakit, kadang kadang sihat. Biasalah. Hidup manusia.
Aqilah : Hehe. Sama jugalah dengan kak long. Tapi hidup ini mesti diteruskan juga ye tak? Oh ya, ada apa kamu datang ke mari?
Haziq : Saya datang ni sebab nak jumpa kak long dan Zati. Dah lama saya tak jumpa kak long. Dan saya betul betul tak sangka, arwah Amirah dah lahirkan seorang anak perempuan yang cantik bernama Izzati ni.
Aqilah : Macam mana kamu tahu yang Amirah sudah meninggal dunia?
Haziq : Selepas saya ceraikan dia kak long, saya benar benar menyesal dan rasa bersalah. Memang tak sepatutnya saya menceraikan dia ketika dia masih mengandung. Saya tak patut buat dia macam tu walaupun saya sangat marah kat dia atas apa yang dia dah lakukan terhadap saya. Untuk mengubati rasa bersalah saya tu, saya upah beberapa orang penyiasat untuk mengekori ke mana sahaja dia pergi supaya saya tahu yang dia sentiasa selamat dan kalau boleh saya mahu segala keperluan dia mencukupi. Dari hasil kerja penyiasat tu, saya dapat tahu yang dia balik semula ke rumah kak long. Dari situ saya tahu dia melahirkan anak perempuan bernama Izzati dan dari situ juga saya tahu yang dia sudah pun meninggal dunia kerana melahirkan Izzati. Sejak itu, saya berusaha untuk membuka perniagaan di sini. Setelah Aiman tamat sekolah menengah, saya suruh dia bersekolah di sini sahaja. Ambil STPM. Saya nak dia kenal dengan kak long dan Zati. Saya juga nak dia jadi penjaga Izzati masa Izzati kat sekolah. Saya tak nak tengok Zati kena buli atau dihina oleh orang lain.   
Aqilah : Ohhh macam tu. Patutlah kak long pelik. Aiman ni pandai budaknya tapi ambil STPM. Walau apa pun Haziq, kita mesti lupakan kisah lama. Kita tak boleh buat apa apa lagi. Nasi sudah pun menjadi bubur. Kisah hitam tu pun dah lama terkubur bersama jasad arwah Amirah. Janganlah dikenang lagi perkara yang pahit itu. Biarlah ia pergi bak angin lalu.
Haziq : Susah kak long saya nak lupakan dia. Saya sangat cintakan dia sampai saya tak sanggup berkahwin lain sampai sekarang kerana kasih dan sayangnya saya pada dia. Tapi tu la. Saya benar benar marah atas apa yang dia lakukan ke atas saya.
Aqilah : Kak long faham perasaan kamu Haziq. Kalau kak long berada di tempat kamu pun, barangkali kak long akan melakukan perkara yang sama.
Haziq : Saya datang ni pun sebenarnya ada hajat kak long. Saya ingat saya nak ambil Izzati sebagai anak angkat saya. Pada saya, Zati tak salah kak long. Yang salah adalah arwah ibunya. Saya rasa Zati wajar menerima perlindungan dan sokongan daripada orang di sekelilingnya sepanjang dia membesar untuk menjadi seorang wanita sejati. Walaupun dia anak yang tidak sah taraf, dia tetap seorang manusia yang mempunyai hak haknya yang tersendiri. Walaupun Zati dengan saya dan Aiman tiada apa apa hubungan darah, namun dia tetap lahir dari rahim seorang perempuan yang saya cintai. Izinkan saya kak long untuk mengambil Zati sebagai anak angkat.   
Aqilah : Kak long tiada halangan dalam soal itu. Terpulanglah pada kamu. Tapi kak long tak pasti pula di pihak Zati? Macam mana Zati? Mahukah kamu menjadi anak angkat kepada pakcik Haziq?
Izzati : Mak long, sepanjang Zati membesar bersama mak long, Zati tak pernah tahu ahli keluarga Zati yang lain selain mak long dan arwah ibu. Zati tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa dan kasih sayang seorang abang. Zati cemburu dengan kawan kawan Zati yang ada ayah dan abang yang sentiasa bersama mereka. Jika pakcik Haziq sudi ambil Zati sebagai anak angkat, Zati setuju sangat sebab Zati nak sangat ada sebuah keluarga yang sempurna.
Haziq : Baguslah kalau macam tu. Pakcik sangat suka mendengarnya. Lepas ni jangan panggil pakcik lagi tau. Panggil ‘ayah’ ye sayang.
Izzati : Baik ayah. (tersenyum bahagia)
Aiman : Zati, selamat datang ke dalam keluarga kami. Abang janji yang abang akan jaga Zati dengan baik. Lepas ni takde siapa boleh kacau Zati lagi. Siapa kacau Zati, abang belasah dia sampai pengsan.
Haziq : Ayah pun sama juga Zati. Ayah takkan benarkan sesiapa pun boleh menyakiti Zati. (kesemua mereka tersenyum bahagia)
Aqilah : Baguslah kalau macam tu. Ada juga orang yang akan selalu lindungi Zati lepas ni. Eh, dah lama sangat kita berborak kat luar ni. Jom masuk ke rumah. Hari ni kak long ada buat jemput jemput pisang. Boleh kita bersarapan bersama.
Haziq : Baiklah kak long. Aiman, mari masuk rumah mak long.
Aiman : Baik ayah.
Mereka berempat berjalan beriringan sambil masuk ke dalam rumah dengan penuh rasa bahagia. 

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih sebab sudi tinggalkan komen anda di entri ini. Setiap komen anda amat saya hargai. Walaubagaimanapun, saya kadang kala malas mahu membalas komen anda tetapi saya akan balas dengan mengunjungi blog anda semula. Pastikan komen anda tidak menghina mana mana individu, menyentuh isu perkauman, agama dan perkara perkara yang melanggar undang undang negara.