Rabu, 30 Mei 2018

CARA SUSUN FOLDER RESUME YANG BETUL

1. Divider & cover tidak diwajibkan/perlu. Bergantung dengan masing-masing. Saya letak untuk lebih kemas & teratur.

2. Susunan ini tidak ditetapkan. Asal mengikut kandungan yang dinyatakan dalam senarai semak sudah mencukupi.

3. Sijil-sijil penghargaan yang tertinggi diletak di hadapan.

4. Sekiranya anda ada menduduki APTIS/MUET, bahagian CPT (contoh dlm gmbar) boleh ditukar & masukkan sijil APTIS/MUET anda. Penting utk student TESL.

5. Sediakan 1 set salinan utk dokumen2 dalam Clear Folder ini. 1 set mencukupi, tetapi recommended utk sedia lebih dari 1 set. Harus disahkan.

Kredit : Alvin Wong
 
Nak cari kerja kosong pastikan anda lawati https://kerjaya.co/



Image may contain: 1 person 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 

Image may contain: 1 person 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 




No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 

No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


No automatic alt text available. 


Ahad, 20 Mei 2018

ANJAKAN MAKNA DALAM PRU14

Image result for pru14
Sumber : Google


Pilihanraya Umum ke-14 baru sahaja tamat. Keadaan di dalam negara masih lagi gamat (meskipun tidak huru-hara). Kita bersyukur demokrasi di negara kita berjalan dengan baik dan sempurna. Harap keadaan sebegini akan terus kekal sampai bila-bila.

Plihanraya umum kali ini telah mencipta sejarahnya tersendiri. Barisan Nasional telah gagal membentuk kerajaan setelah 60 tahun mentadbir negara ini. Pakatan Harapan yang selama ini dilihat tidak mampu meruntuhkan tembok kekuasaan Barisan Nasional telah berjaya menawan Putrajaya setelah berjuang beberapa lama. Ini semua gara-gara penangan kuasa undi yang dimiliki oleh rakyat jelata.   

Dengan kemenangan Pakatan Harapan, maka kedudukan mereka telah beranjak menjadi kerajaan. Dengan kekalahan Barisan Nasional, kedudukan mereka lantas beranjak menjadi pembangkang.

Melihat kepada situasi ini, serta merta Hukum Anjakan Makna boleh diaplikasi. Dalam Hukum Anjakan Makna, setiap perkara di dunia ini akan beranjak sentiasa. Selain boleh diaplikasi dalam sastera dan bahasa, Hukum Anjakan Makna juga boleh diaplikasi dalam politik juga.

Seperti kata Datuk Rahman Shaari, Hukum Anjakan Makna sangat relevan dengan dunia politik. Kita melihat anjakan telah berlaku dengan sebanyaknya dalam dunia politik. Kerajaan telah beranjak menjadi pembangkang dan pembangkang pula telah beranjak menjadi kerajaan. Ini bermaksud telah berlaku pertukaran kedudukan.

Selama ini perbuatan menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dilakukan oleh pembangkang terdahulu. Pembangkang sekarang sedang mengamalkan perbuatan menghasut yang mereka benci dahulu. Kerja pembangkang adalah membuat hasutan manakala kerja kerajaan adalah melawan hasutan. Sekarang kerja membuat hasutan telah beranjak kepada Barisan Nasional. Dan kerja melawan hasutan pula telah beranjak kepada Pakatan Harapan.

Jika kerajaan dahulu tidak suka dengan perbuatan menghasut, kerajaan sekarang pun pasti tidak suka dengan perbuatan menghasut. Kerja pembangkang sememangnya menghasut rakyat supaya membenci kerajaan sampai bila-bila. Maka kerajaan sekarang usahlah marah kerana itulah kerja yang dahulu mereka pernah buat juga. Dan pembangkang sekarang usahlah marah jika sebarang tindakan undang-undang kerana menghasut dikenakan ke atas mereka.

Kerajaan sekarang mengatakan perbuatan menghasut (baca : mengkritik dan mendesak) adalah sesuatu perbuatan yang sia-sia dan membawa banyak keburukan. Berilah peluang kepada mereka untuk memperbaiki watan. Itu bukanlah sesuatu yang pelik dalam Hukum Anjakan Makna. Apabila beranjak tempat dan kedudukan sahaja, pendapat dan pandangan akan turut beranjak sama. Inilah yang akan berterusan sampai bila-bila.

Hukum Anjakan Makna boleh dilihat dalam sikap ahli-ahli politik kita juga. Lim Kit Siang dan Tun Dr. Mahathir dahulu bukanlah mempunyai hubungan yang mesra. Namun, oleh kerana mahu mendapatkan kuasa atas alasan mahu memperbaiki kerosakan negara, mereka boleh beranjak untuk berada dalam satu kumpulan yang sama. Begitu juga dengan sebilangan penyokong UMNO yang teguh berada di belakang Datuk Seri Najib dahulu. Apa sahaja yang diputuskan oleh Datuk Seri Najib mereka hanya angguk selalu. Sekarang apabila UMNO mengalami kekalahan, secara beramai-ramai mereka beranjak meninggalkan Datuk Seri Najib yang dahulu mereka pernah memberi sokongan.

Ahli politik memang mempunyai sikap begitu. Bertukar-tukar kedudukan dan pandangan adalah sikap yang mereka amalkan selalu. Semuanya adalah untuk mempertahankan kuasa dan mendapatkan kuasa. Kesemua ahli politik telah dibentuk begitu sejak sekian lama.

Sebab itulah kita jangan hairan melihat ahli politik yang dahulunya diberi berlambak-lambak penghinaan tetapi sekarang diberi setinggi-tinggi pujian. Kawan dan musuh dalam politik bukanlah sesuatu yang berkekalan. Jika pada hari ini mereka bermusuhan, tidak mustahil pada lima tahun akan datang mereka akan beranjak untuk berada dalam satu kumpulan (begitulah sebaliknya). Oleh itu, penghinaan dan pujian berlebihan kepada mana-mana tokoh politik sebaiknya dielakkan. Kelak kita juga berada dalam kerugian.       

Dalam politik, benci dan suka usahlah dibuat secara keterlaluan. Hal ini kerana, anjakan pasti berlaku apabila keadaan mengalami perubahan. Itulah indahnya Hukum Anjakan Makna. Wajarlah kita melihat dunia politik dengan hati dan fikiran terbuka. 

Memandangkan saya percaya kepada Hukum Anjakan Makna, maka saya tidak akan berdiri di sebelah mana-mana. Saya khuatir jika saya salah tempat berdiri, keadaan tersebut akan membuatkan diri saya menjadi rugi.